Haji menggambarkan Cinta Kasih yang Sejati

August 14, 2010 by  
Filed under Hikmah Haji Dan Manfaatnya

Haji itu memaparkan satu kecintaan yang sejati dan kasih sayang mendalam. Untuk memahami akan perkara ini, hendaklah diingata akan perkara yang berikut ini. Perhubungan manusia dengan Khaliqnya (Allah) di dalam Islam mempunyai dua jenis.

1. Manusia sebagai hamba Allah

Manusia itu hanyalah muncul sebagai hamba sahaja di hadapanNya sebagai hubungan Tuan hamba, di mana Allah sebagai Tuan, pemberi rezeki dan Maha Perkasa, dan manusia sebagai orang suruhan, hamba dan rakyatNya. Manusia adalah penyembah dan Allahlah hanya selayaknya disembah. Atas alasan inilah segala-galanya dalam solat menegaskan akan perhubungan ini dan menunjukkan sifat kerendahan, kehinaan dan penyerahan bagi pihak manusia. Maka apabila manusia mendirikan solat tidak menghiraukan gangguan dengan kemuliaan, berpakaian bersih kemas dan dengan kelakuan yang sebaik-baiknya, seolah-olah menghadirkan dirinya di hadapan istana raja di mana peraturan-peraturan yang khas dikenakan ke atas semuanya seperti pakaian, kekemasannya dan sebagainya.

Kita juga hendaklah memperhatikan bahawa pakaian hendalah bersih sewaktu bersolat kemudian hendaklah mengambil wuduk dan dengan ketenangan dan kemulian, sebagai halnya muncul di hadapan raja; Musolli (orang yang bersolat) itu berdiri di hadapan Allah dengan pandangan matanya direndahkan, mengankat tangannya sehingga ke telinga dan menyebut Allah, serta memuji-muji namaNya. Kemudian mematuhi peraturan-peraturan sebagaimana di dalam istana raja; tangan-tangan dilipatkan dengan mana tangan-tangan itu berpaut pada bahagian pusat; dan dengan penuh keikhlasan memohon kurniaan baginya daripada rajanya. Selepas itu orang suruhan itu tunduk memuji-mujiNya.

Keadaan akan mencapai kemuncaknya apabila orang yang bersolat itu turun sujud yang mana dengan ini menzahirkan dengan sepenuhnya mengenai kelemahan, kehinaannya dan penyerahan semasa di dalam sujud. Setiap bahagian badan menggambarkan sikap yang rendah yang diharapkan daripada seorang hamba,sedangkan hanya lidahlah saja yang memuji Allah Rajanya.

Semasa bersolat ketenangan yang sepenuhnya dan ketertiban kelakuan dikehendaki sebagaimana diharapkan berlaki di hadapan raja yang besar kuasanya di dalam istananya. Itulah sebabnya menjadi makruh apabila berlari ke masjid untuk bersolat. Seorang itu hendaklah berjalan dengan tenang dan penuh kemuliaan. Kemudian sewaktu menanti untuk solat adalah makruh duduk dengan keadaan jari-jari dimasukkan di antara satu sama lain. Dengan alasan yang sama juga adalah makruh meletup-letupkan sendi-sendi jari dan buku-buku jari semasa bersolat dan batuk-batuk dengan tidak ada apa-apa sebab dan keperluan, melihat ke kiri dan ke kanan, memakai pakaian dengan cara yang lain tidak sebagaimana yang patut dipakai; menggantungkan pakaian-pakaian (kot, baju hujan) di atas badan tanpa memasukkan tangan ke dalamnya, mengenakan butang-butang, kerana solat menyerupai kehadiran seseorang itu di dalam istana raja.

Solat juga terputus (batal) jika ada percakapan di antara satu sama lain (melainkan Allah) atau wuduk yang batal,atau seseorang itu ketawa kuat secara sengaja atau tidak sengaja, juga jikalau seseorang itu mengangkat kedua-dua kakinya daripada lantai semasa sujud. Kesemuanya ini membatalkan solat kerana ia bersalahan dengan kemuliaan. Bila seorang itu memikirkan akan perkara-perkara ini akan timbullah perasaan bahawa solat sesungguhnya adalah pemaparan akan sikap kerendahan yang sebenarnya di hadapan Pencipta. Peristiwa ini menyerupai  dengan majlis Raja dari pada segala raja-raja. Itulah satu bahagian daripada perhubungan antara manusia dengan Allah hubungan Tuan hamba, Raja dan rakyat.

2. Hubungan Berdasarkan Kasih dan Kesyukuran

Terdapat di antara manusia dan Allah satu lagi perhubungan yang berdasarkan kepada kasih dan kesyukuran. Di sini Allah itulah Tuhan, Pemberi rezeki, Pemurah, Mulia. Sesuatu yang mempunyai segala keelokan dan kesempurnaan. Manusia secara nalurinya memiliki kebolehan mencintai, memuji dan memuja akan kecantikan dan kelebihan. Demikianlah dia telah diciptakan.

Perhugungan kedua ialah di mana Allah sebagai Pemilik kepada segala-gala perkaitan tentang kecantikan (keelokan) dan kesempurnaan dan manusia sebagai pemujiNya. Ia menggambarkan bahawa Allah sebagai yang dikasihi dan manusia sebagai kekasih mencari sesuatu yang dikasihinya dan berjuang dengan sepenuh-sepenuhnya bagi mendapat kerelaan dan pembalasan cinta daripada yang dikasihinya. Pemaparan yang jelas tentang perhubungan ini digambarkan di dalam haji. Ia menunjukkan cinta yang begitu tinggi di mana setiap sesuatu itu dikorbankan demi mendapatkan kecintaanNya juga.

Haji dilihat sejak permulaan meninggalkan rumah dan memutuskan kesemua kaitan dengan rumahnya, keluarganya, anak-anaknya dan yang dikasihinya sekali. Dia menetepikan kesemuanya ini dan kemudian bergerak menuju kepada yang paling dikasihinya. Kecintaannya yang membaca itu menjadikannya tanpa bantahan lagi atau ragu-ragu merentas perjalanan melalui padang-padang pasir dan hutan-hutan, dataran dan gunung-ganang, sungai-sungai dan lautan-lautan untuk sampai ke tempat yang ditujuannya.

Dengan tidak sabar lagi dan penuh kecemasa, perjalanan itu terus dilaksanakan. Alasan terjadinya ketidaksabaran ini dan kecemasa yang tinggi ini adalah kerasa masa telah hampir tiba bagi pertemuan tahunan daripada semua pengasihNya di rumahNya. satu pertemuan yang mana Dia sendiri telah mengeluarkan jemputannya. Tidaklah diragui lagi bahawa perjalanan ini memberikan kesukaran yang sewajarnya serta halangan-halangannya, tetapi dengan penuh ketabahan ini semuanya dapat di atasi.

 

Hikmah Haji Dan Manfaatnya

February 24, 2010 by  
Filed under Hikmah Haji Dan Manfaatnya

Dalam keadaan Haji yang sebenar dan sejati biasanya ia mempunyai satu contoh atau cara yang mempunyai dua bentuk, dan pada setiap sesuatu amalan haji terdapat dua hakikat yang tersirat. Sesungguh pun dalam setiap perintah Allah terdapat begitu banyak manfaat dan kebijaksanaan, yang mana pengertian-pengertian dan hikmahnya begitu dalam sehinggakan fikiran kita tidak dapat membayangkannya. Tetapi banyak daripada hikmah itu dapat difahami oleh setiap orang. Begitu juga kebanyakan daripada hikmah yang terkandung di dalam haji ada yang tidak dapat di fahami dan ada yang mudah difahami hikmahnya.

Pertama, Haji menggambarkan kematian. Iaitu pemergian kita daripada dunia ini dan keadaan-keadaan selepas mati. Kedua, ia memberikan satu pernyataan amali (praktikal) yang sangat jelas mengenai kecintaan, pengabdian dan pemujaan yang sebenar.